I thought my tongkat ali already gone...fuhhhh..but this morning when I saw the new shoots wow....
as of yesterday(8 august)..the new shoot became leaf already
This blog is about Tongkat Ali planting,. How to plant, cost, development and how to take care of tongkat ali.
USAHA meningkatkan ekonomi pekebun kecil adalah antara perkara yang dititik beratkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Bagi melaksanakan matlamat itu, tanaman integrasi dengan sawit dilihat mampu meningkatkan pendapatan pekebun.
Bertempat di tapak tanaman integrasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, MPOB menjalankan aktiviti tanaman integrasi bagi projek tanaman semula sawit di tapak milik Malaysia Airport Berhad (MAB).
Di kawasan seluas 155 hektar itu, MPOB menanam pelbagai jenis tanaman secara integrasi dengan sawit antaranya pisang, kacang tanah, tebu, kacang soya, nanas, jagung dan tongkat Ali.
Di antara tanaman integrasi itu, MPOB melihat tongkat ali mempunyai kelebihan untuk usahakan.
Tongkat ali yang ditanam ini adalah daripada jenis eurycoma longifolia iaitu jenis komersial dan jenis ini sangat baik untuk kesihatan seks lelaki di samping mencegah barah, memberikan tenaga, meningkatkan daya ketahanan badan dan menjadi ubat bagi malaria.
Pegawai Penyelidik MPOB, Norkhaspi Khasim, berkata di samping memastikan industri sawit terus melonjak maju, MPOB turut melihat kepentingan untuk memaju industri herba dan memilih tongkat ali sebagai tanaman integrasi yang boleh diusahakan oleh pekebun kecil.
“Selama ini tongkat ali banyak diambil daripada sumber hutan asli dan ia tidak tahan lama kerana lama-kelamaan ia akan berkurangan seterusnya pupus.
“Sehubungan itu kami memilih untuk melaksanakan integrasi bagi tanaman ini dengan tujuan memastikan ia terus berdaya maju dan kekal.
“Kami melihat kawasan yang sesuai dan masih banyak untuk diusahakan adalah ladang sawit dan untuk itu kita mencuba melakukan model tanaman dengan cara menanam sawit dengan diikuti tanaman tongkat Ali dan pada masa aktiviti ini tidak menjejaskan hasil sawit,” katanya.
Norkhaspi berkata, produktiviti daripada sistem integrasi lebih tinggi kerana sistem itu memberikan dua atau lebih hasil daripada sebidang tanah yang diusahakan selain daripada hasil buah sawit.
Konsep integrasi bagi tanaman tongkat ali dilakukan dengan menggunakan sistem dua baris kembar sawit.
Sistem dua baris kembar disyorkan bagi tanaman sawit secara integrasi untuk tempoh lebih tiga tahun membabitkan kepadatan sawit 136 pokok sehektar.
Antara kelebihan integrasi dengan tongkat ali adalah kerana ia dapat memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan produktiviti hasil ladang di mana pekebun berupaya meraih dua jenis hasil tanaman dalam satu masa.
Hasil buah sawit di ladang yang menjalankan aktiviti integrasi juga didapati lebih tinggi berbanding tanaman sawit tanpa integrasi.
Norkhaspi berkata, tongkat ali sesuai ditanam di kawasan tanah mineral dan menerusi cara penanam secara dua baris kembar ia dapat menghasilkan 1,900 pokok sehektar membabitkan jarak tanaman 2x1.
Berdasarkan analisa ekonomi, hasil yang dianggarkan diperoleh adalah sebanyak 1,003 kilogram akar kering pada anggaran harga RM28 sekilogram.
Dianggarkan untung kasar yang diperoleh adalah RM28,084, manakala untung bersih adalah RM9,344. Anggaran itu dibuat ke atas 80 peratus hasil tuaian daripada jumlah keseluruhan pokok yang ditanam.
Mengulas cara penanaman pokok tongkat ali, Norkhaspi berkata, ia adalah tidak sukar seperti disangkakan.
Peringkat awal, tanaman ini ia perlu dinaungi tetapi dengan penjagaan yang betul penanam pokok ini dilihat tidak remeh dengan syarat pokok ini ditanam dengan menggunakan benih berkualiti.
Bagi pekebun kecil yang berminat untuk menanam tongkat ali di kebun mereka, MPOB ada menyediakan khidmat nasihat .
Berdasarkan kajian didapati purata ketinggiannya adalah 5.50 meter sepokok, diameter batang pokok (7.4 sentimeter), berat segar akar (1.6kg), berat selepas dikeringkan (0.66kg), analisa ekstrak dalam bentuk debu 30g dan jumlah eurycomanone iaitu bahagian terpenting dalam tongkat Ali adalah sebanyak 163.1 mikrogram.
Tongkat ali boleh dituai pada usia empat tahun, bagaimanapun jika ditanam dalam tempoh lebih lama ia akan memberi hasil yang lebih bermutu.
Di samping mendapat hasil tongkat ali, pekebun juga sudah mula mencatat rekod hasil sawit.
Berdasarkan analisa ekonomi, sekiranya sebanyak RM1 dilabur untuk aktiviti penanam ini, pekebun akan meraih RM1.50 iaitu lebihan sebanyak 50 sen.
Laporan akhbar New Straits Times, Januari lalu, sebanyak 182 hektar pokok tongkat ali ditanam oleh sektor awam termasuk 15 hektar milik MPOB, manakala 29 hektar ditanam oleh swasta dan individu.
Pokok tongkat ali ini tidak hanya ditanam secara integrasi dengan tanaman sawit tetapi juga tanaman-tanaman lain.
“Penanam tongkat ali dilihat mampu memberi pulangan baik memandangkan permintaan ke atas herba ini adalah berjumlah 476,325kg untuk industri herba, manakala untuk tongkat Ali sebanyak 54,180kg diperlukan setahun,” katanya.
Kota Marudu To Emerge As Centre For Tongkat Ali Processing
KOTA KINABALU, Dec 29 (Bernama) -- Kota Marudu district is expected to emerge as a centre for processing Tongkat Ali products so as to further develop and add value to the production of the popular herb.